Program Kerjaya Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa 2019
Salah satu program dilaksanakan setiap tahun oleh Yayasan Angkasa adalah Program Kerjaya. Untuk tahun 2019, Yayasan Angkasa memilih Koperasi DPA 5181 Berhad sebagai konsultan untuk Program Kerjaya. Memilih Aliya Hotel Klang sebagai tempat berlangsungnya program. Program ini dihadiri seramai 40 orang pelajar dengan dirasmikan oleh Presiden ANGKASA iaitu Yang Berbahagia YBhg, Dato Abdul Fattah Hj. Abdullah.
Daripada maklum balas yang diterima,secara keseluruhannya, pihak konsultan yang dipimpin 4 orang fasilitator dan 3 orang kakitangan berjaya menyampaikan input-input secara berkesan berkaitan dengan kerjaya kepada para pelajar melalui slot-slot dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.