Pengenalan

Yayasan Angkasa dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk menawarkan peluang bagi setiap anak-anak Keluarga Malaysia mencapai impian melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.

Di era norma baharu dengan arus lanskap global yang bergerak pantas dan sentiasa berubah serta keadaan negara yang beransur pulih setelah dilanda arus pandemik, impian menyambung pendidikan di institusi pendidikan tinggi kini amat mudah dengan adanya program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi “Foundation in Arts”.

Program ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Setiap pelajar yang berjaya akan mendapat Tajaan Penuh (Dermasiswa) Yuran Pengajian selama satu (1) tahun oleh UNIRAZAK. Program ini juga merangkumi pengetahuan asas mengenai pelbagai bidang di dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Di UNIRAZAK, pendidikan adalah untuk semua.

Objektif

Menyediakan peluang bagi anak-anak Keluarga Malaysia yang terkesan oleh pandemik Covid-19 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.

Membuka peluang bagi anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran di insitusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Menyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.

Membuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.

Melahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Kursus yang Ditawarkan

Halatuju pelajar selepas program Asasi dan memenuhi syarat kemasukan untuk ke Program Ijazah.

  • Bank Rakyat School of Business, Innovation, Technology and Entrepreneurship (BRSBITE)

    • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam) (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam & Kewangan) (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Penguruan (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Insuran) (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
  • School of Accounting & Taxation (SAT)

    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) diiktiraf oleh CPA Australia
    • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
  • Tun Abdul Razak School of Government (TARSOG)

    • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Sastera Tadbir Urus & Dasar Awam (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepimpinan) (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Tadbir Urus dan Polisi Awam (Kepujian)
  • School of Education & Humanities (SEH)

    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak Kanak (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris (Kepujian)

Syarat Kelayakan

 SPM – Lulus SPM/SPMV dengan keputusan min. 5 kredit atau;

 O-Level – Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 subjek atau;

 Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

 

*Syarat Lain: Keputusan Percubaan SPM juga di terima pakai untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK.

Kecapi Impian Anda dengan Program Asasi UNIRAZAK