1. Apakah kursus yang ditaja oleh Yayasan ANGKASA?

  • Semua kursus yang ditawarkan di Universiti Awam dan Swasta. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mengikuti kursus berkaitan gerakan koperasi.

2. Siapakah layak memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA?

Ahli Koperasi dan anak-anak ahli koperasi tertakluk syarat seperti berikut :-

  • Ahli Koperasi dan anak-anak ahli koperasi
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur bawah 25 tahun bagi Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa).
    • Berumur bawah 45 tahun bagi Ijazah Sarjana Muda (separuh masa @ PJJ), Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD).
    • Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.
    • Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
    • Mod pengajian sepenuh masa @ pengajian jarak jauh (PJJ).

3. Apakah produk Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA?

  • Pembiayaan Bolehubah Yayasan ANGKASA
    • Pelajar Ijazah Sarjana Muda 
  • Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
    • Pelajar Ijazah Sarjana (Master)
    • Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

4. Apakah kelayakan akademik untuk memohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

 

 

Ijazah Sarjana Muda (Degree)

 

Ijazah Sarjana (Master)

 

Doktor Falsafah (PhD)

 

  • ·       Lulus Diploma atau Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00; atau

 

  • Lulus STPM atau diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya gred 3.0

 

  • Lulus STAM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid

 

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.00
  • Lulus Ijazah Sarjana dengan mendapat sekurangnya PNGK/CGPA 3.00

5. Apakah yang dimaksudkan dengan mesti menjadi ahli koperasi dan koperasi tersebut adalah ahli ANGKASA?

6. Adakah sekiranya saya mempunyai Potongan Gaji Bersama Biro ANGKASA dikira sebagai ahli koperasi?

  • Tidak

7. Saya sedang mengikuti program Diploma/Asasi di IPT tempatan, adakah saya layak memohon?

  • Pembiayaan Yayasan ANGKASA ditawarkan untuk mereka yang mengikuti pengajian di peringkat IJAZAH SARJANA MUDA/IJAZAH SARJANA/PHD sahaja secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam dan Swasta dalam negara.

8. Bagaimanakah contoh pengesahan keahlian koperasi yang diterima oleh Yayasan ANGKASA?

9. Bagaimanakah contoh pengesahan keahlian koperasi yang tidak diterima oleh Yayasan ANGKASA?

CONTOH PENGESAHAN KOPERASI YANG TIDAK DITERIMA

 

CONTOH KAD PERWAKILAN KOPERASI SEBAGAI PENGESAHAN KEAHLIAN KOPERASI TIDAK DITERIMA

 

10. Adakah Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA mempunyai faedah?

  • Tidak, Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah & Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tiada sebarang caj faedah kerana ia berkonsepkan ‘QARD’

11. Bagaimanakah kaedah pembayaran balik Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah dan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA?

  • Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (pelajar Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa)

 

CGPA

 

BIASISWA

 

KADAR BAYARAN BALIK

 

 

KELAS PERTAMA (mengikut pengiktirafan Universiti)

 

100%

 

TIADA BAYARAN BALIK

 

 

 

KELAS KEDUA ATAS (mengikut pengiktirafan Universiti)

 

60%

 

40% BAYARAN BALIK

 

 

 

LAIN-LAIN

 

TIADA

 

100% BAYARAN BALIK

 

 

  • Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA ( pelajar Ijazah Sarjana Muda PJJ, Master dan PhD)
    • Tiada biasiswa boleh ubah
    • Pelajar hanya membayar jumlah pembiayaan sahaja tiada caj faedah

12. Apakah jenis keadah @ saluran pembayaran balik yang diterima oleh Yayasan ANGKASA?

  • Online Banking Bank Rakyat Yayasan ANGKASA ( 1100469305) @ melaksanakan ajaran potongan secara direct debit setiap bulan (arahan tetap)
  • PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP
  • Potongan Gaji melalui Biro ANGKASA bagi majikan yang mempunyai kod potongan bersama Biro ANGKASA.

13. Apakah boleh mengunakan koperasi adik beradik @ saudara mara untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA?

14. Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Yayasan ANGKASA?

  • Kadar tetapan pembiayaan bergantung kepada pendapatan bulanan isi rumah dan yuran pengajian pemohon.

15. Boleh permohonan daripada adik beradik dibuat dalam 1 masa?

  • Permohonan diterima. Akan tetapi buat masa ini Yayasan ANGKASA terpaksa meluluskan 1 ahli keluarga sahaja menerima pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA dalam satu masa, kerana untuk memberi peluang kepada ahli koperasi dan anak-anak ahli koperasi yang lain.

16.Adakah boleh sekiranya saya memohon tetapi abang @ kakak saya pernah menerima pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA dan telah tamat pengajian?

  • Permohonan boleh dibuat & Pembiayaan akan ditawarkan kepada pelajar kerana abang dan kakak beliau telah tamat pengajian.