Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022 di Buka
1/8/2021 Hingga 31/10/2021
Penerangan Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
- Permohonan akan dibuka pada 1/8/2021 hingga 31/10/2021
- Pendaftaran dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY.
- Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
- Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).
- Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.
Pembelian PIN Permohonan Pembiayaan hanya Semudah 1-2-3
Cara Permohonan
Pembayaran PIN PPYA
- Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
- Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
- Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
Ref-2 : Nombor Telefon Anda
*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda
Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti
Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2019. Pin permohonan adalah [XXXXX]
*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)
Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya