*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Koperasi.*
Tuan/Puan,
Susulan keadaan jerebu semasa, pihak Yayasan ANGKASA mengambil maklum kebimbangan para peserta, ibu bapa, penjaga dan institusi pendidikan berkaitan aspek kesihatan dan keselamatan.
2. Untuk makluman, *Program EDU Fun Run 4.0 Tahun 2026 pada 20 September 2026 (Ahad) akan diteruskan seperti dijadualkan, tertakluk kepada keadaan semasa serta arahan dan nasihat terkini pihak berkuasa*.
3. Pihak penganjur ingin memaklumkan bahawa *tiada paksaan untuk menyertai larian*. Peserta bebas membuat pertimbangan berdasarkan tahap kesihatan dan keadaan jerebu pada hari program.
4. Peserta yang hadir tetapi memilih *untuk tidak berlari* masih boleh membuat tuntutan *medal serta goodies / kit peserta di garisan penamat (Finisher Line)*.
5. Peserta yang memilih untuk meneruskan larian digalakkan memakai *pelitup muka yang bersesuaian*, memastikan pengambilan air mencukupi dan menghentikan aktiviti sekiranya mengalami ketidakselesaan.
6. *Khusus bagi murid dan pelajar sekolah, kehadiran dan penyertaan adalah atas pertimbangan pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga serta **tidak diwajibkan*.
7. Peserta yang memilih untuk *tidak hadir atas faktor kesihatan atau kebimbangan berkaitan jerebu* juga adalah dihormati. Semua pihak dimohon sentiasa mematuhi arahan dan nasihat rasmi pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
*Kesihatan dan keselamatan semua peserta kekal menjadi keutamaan pihak penganjur.*
Sekian, terima kasih.
*Sekretariat EDU Fun Run 4.0 Tahun 2026*
*Yayasan ANGKASA*








