Salam Takziah atas pemergian Allahyarham Datuk Haji Ahmad Jamil bin Hashim

𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗭𝗜𝗔𝗛 Dengan penuh rasa dukacita, Yayasan ANGKASA merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Datuk Haji Ahmad Jamil bin Hashim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga Yayasan ANGKASA. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya dan…

Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025

Kejohanan Golf Amal Piala Presiden ANGKASA 2025 telah dianjurkan oleh ANGKASA Negeri Sembilan sejak tahun 2022. Pada tahun 2025, penganjuran ini dilaksanakan bersama-sama antara ANGKASA Negeri Sembilan dengan Yayasan ANGKASA yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai telah menjadi platform penting menghimpunkan koperasi, rakan korporat serta komuniti dalam suasana penuh semangat kesukanan.…

𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡

Yayasan ANGKASA terus komited memperkasa pendidikan anak-anak anggota koperasi di Sabah menerusi pelancaran Tabung Pendidikan Yayasan ANGKASA untuk Anak-Anak Koperasi Negeri Sabah yang berlangsung dalam satu majlis Hi-Tea bersama para penyumbang di Hotel The Klagan, Kota Kinabalu, hari ini (23 Oktober 2025). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon…

Pelantikan semula sebagai Presiden ANGKASA semasa Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-39 (MAPA 2025)

SEKALUNG TAHNIAH Yayasan ANGKASA merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Hj. Abdullah, Pengerusi Yayasan ANGKASA, atas pelantikan semula sebagai Presiden ANGKASA semasa Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-39 (MAPA 2025) yang berlangsung pada 5 Julai 2025 (Sabtu) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Semoga terus memacu kecemerlangan gerakan koperasi ke…