SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1446H | 2025
Nuzul Al-Quran disambut setiap tahun untuk memperingati peristiwa kitab suci ini yang diturunkan oleh Allah S.W.T dari langit kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja perlu berusaha untuk membaca Al-Quran setiap hari, tetapi perlu juga berusaha memahami, mengkaji dan mempraktikkan pengajaran yang terkandung di dalamnya.
Umat Islam yang sayang pada Rasulullah S.A.W akan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka kerana kitab ini merupakan mukjizat teragung baginda Rasulullah S.A.W.
Marilah kita membina keluarga bahagia berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
