PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Syarat-Syarat Permohonan Layak Dipertimbangkan:
1. Peminjam yang telah menamatkan pengajian dan dalam proses bayaran balik pembiayaan;
2. Peminjam yang mengikuti pengajian secara kursus berkembar iaitu kursus yang diikuti secara 2+1 atau 2+2 atau seumpamanya yang memerlukan peminjam menyambung pengajian ke luar negara secara sepenuh masa untuk menyelesaikan pengajian;
3. Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 12 bulan dari tarikh mula bayar balik pembiayaan pendidikan.
4. Peminjam yang berstatus gagal/ berhenti/ batal, penangguhan hanya dibenarkan bagi peminjam yang meneruskan pengajian secara sepenuh masa sahaja.
5. Peminjam yang melanjutkan pengajian ke luar negara secara sepenuh masa;
6. Peminjam yang telah hilang pekerjaan @ cuti tanpa gaji akibat Covid19.
7. Peminjam yang memperolehi pendapatan melalui perniagaan dan perniagaan terjejas akibat Covid19.
Syarat-Syarat Permohonan Tidak Layak Dipertimbangkan:
1. Peminjam yang melanjutkan pengajian secara separuh masa yang bergaji penuh (contohnya PJJ, atau setaraf);
2. Peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau duti tanpa gaji atas urusan peribadi;
3. Peminjam menyambung belajar secara sepenuh masa dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau menerima sebarang elaun semasa/sepanjang tempoh pengajian; PPYA- YA 3/3/05-2020 Pin.1
5. Peminjam tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 12 bulan;
6. Peminjam telah bekerja.
Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan:
1. Borang permohonan penangguhan boleh didapati di Portal Rasmi
YAYASAN ANGKASA www.yayasanangkasa.coop Permohonan perlu
dihantar melalui emel ke yayasanangkasa.payment@gmail.com sebelum
September 2020.
2. Salinan surat tawaran pengajian terkini; dan/atau
3. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terkini daripada IPT sekiranya dalam
surat tawaran tiada tempoh pengajian; dan/atau
4. Surat pengesahan majikan bagi peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji
penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
Jika peminjam masih belum bekerja dan tiada pendapatan:
5. Surat pengesahan tidak bekerja dari pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan
profesional/ penyata KWSP terkini; atau
Jika peminjam menambahkan tempoh pengajian:
6. Surat pengesahan jangkaan tarikh tamat pengajian terbaharu daripada
IPT; dan/atau
Jika peminjam mendapat penaja lain:
7. Salinan surat tawaran penaja baru sekiranya menerima penaja lain;
Maklumat Tambahan:
1. Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh Yayasan ANGKASA.
2. Adalah dimaklumkan penangguhan yang diberikan dikecualikan tindakan berikut, iaitu:
i. Menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information
System (CCRIS).
3. Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak di kena sebarang caj faedah