Lawatan Kunjungan Hormat Yayasan ANGKASA Bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Bagi Perbincangan Program Pendidikan Dan Latihan Untuk Komuniti Orang Asli
Nilai, 05 Oktober 2022 –
Delegasi pengurusan Yayasan ANGKASA telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke Institut Aminudin Baki, Nilai bagi perbincangan Program Pendidikan dan Latihan untuk Komuniti Orang Asli bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor , En. Hairul Nizam Bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah, dan pengurusan tertinggi JAKOA. Banyak percambahan idea dan pandangan antara kedua-dua pihak bagi menjayakan program ini.
Ribuan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atas meluangkan masa bersama Yayasan ANGKASA.
YAYASAN ANGKASA