Hampir 1000 peserta telah menyertai Larian Amal Edu Fun Run anjuran Yayasan ANGKASA yang berlangsung awal pagi (28 April 2019) di Tamarind Square, Cyberjaya.
Selain acara larian yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 6 km dan 3 km.
beberapa aktiviti tambahan turut diadakan seperti senamrobik dan sembang sihat.
Hadir menjayakan program tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Tmbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Hajah Meriam Mat Nor; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shuktee Che Isa; Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri; Timbalan Pengarah SKM Selangor, En. Jaafar Ahmad, Timbalan Cancelor UKM , Prof. Dato’ Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Ikon Larian Edu Charity Fun Run, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin.