SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA SESI PENGAMBILAN 2025/2026
Yayasan ANGKASA ingin memaklumkan bahawa semakan status permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi Sesi Pengambilan 2025/2026 kini boleh dibuat oleh semua pemohon secara dalam talian.
Semakan ini melibatkan permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah / Pembiayaan Yayasan ANGKASA bagi peringkat pengajian:
1) Ijazah Sarjana Muda
2) Ijazah Sarjana
3) Doktor Falsafah (PhD)
Sehubungan itu, semua pemohon adalah diminta untuk membuat semakan status permohonan masing-masing dengan melayari Portal Permohonan: yayasanangkasa.coop/pya/login.php
Yayasan ANGKASA komited untuk terus menyokong pembangunan pendidikan dan modal insan berkualiti dalam kalangan warga koperasi, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berintegriti.







