Program dan Karnival Pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2025 telah berlangsung di kawasan FELDA Air Tawar dengan penuh semangat kekeluargaan selama 4 hari 3 malam, bermula 12 hingga 15 September 2025, melibatkan pelajar, keluarga angkat dan komuniti FELDA. Sepanjang program, pelbagai aktiviti sukan rakyat, pendidikan, bengkel interaktif dan sesi motivasi dianjurkan bagi menyemai semangat kesukanan, perpaduan, kerjasama, disiplin dan kepimpinan dalam kalangan pelajar, selaras dengan matlamat Yayasan ANGKASA untuk melahirkan generasi koperasi yang cemerlang, berakhlak tinggi dan berdaya saing. Program ini disertai guru,sukarelawan, pegawai FELDA serta ahli komuniti, memberikan peluang interaksi yang lebih erat antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.
Pihak yayasan turut merakamkan penghargaan kepada semua yang memberi kerjasama dan memainkan peranan penting dalam menjayakan keseluruhan program serta karnival ini, menjadikannya pengalaman pendidikan dan sosial yang bermakna untuk semua peserta.
