Kursus Pensijilan Pengurusan Koperasi Serta Bimbingan Kerjaya & Keusahawanan Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2025

Kursus Pensijilan Pengurusan Koperasi serta Bimbingan Kerjaya dan Keusahawanan untuk Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2025 telah berlangsung pada 23 Februari 2025 di Kuala Lumpur, bertujuan memberi ilmu pengurusan koperasi dan persediaan kerjaya kepada 90 peserta dari pelbagai universiti awam. Kursus ini dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, yang menekankan kepentingan program dalam membentuk graduan berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing, selain mempromosikan peranan koperasi dalam komuniti. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Tuan Haji Onn Abu Bakar, Pengarah Pusat Pembangunan Koperasi mewakili Ketua Pengarah IKMa, Puan Norbiha Kosmuri @ Kasmuri, serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA termasuk Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Datuk Haji Md.Yusof Haji Samsudin, Haji Nasir Khan Yahaya, Dato’ Haji Zazali Haron, Dato’Hajah Rosni Haji Zahari dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain.