Majlis Taklimat Akademik dan Serahan Surat Tawaran Program MBA ANGKASA-UUM Kumpulan 3 telah berlangsung hari ini (31 Januari 2020) di Dewan Dato’ Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz Kelana Jaya.
Program MBA ANGKASA-UUM merupakan inisiatif ANGKASA kepada warga kerja @ kakitangan Koperasi supaya proses pendidikan dan pembelajaran warga kerja Koperasi dapat di teruskan ini selaras dengan prinsip Koperasi Fasa ke 5 iaitu ” Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang terpilih pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbang tenaga secara berkesan kepada pembangunan Koperasi mereka”.
Seramai 17 pelajar yang mengikuti program tersebut telah menerima surat tawaran pengajian yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Dekan Osman Yeop Abdullah Graduate School of Business UUM, Prof. Dr. Shahidan Hassan dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA, Haji Abdul Rahim Abdul Rahman & Pengurus Yayasan ANGKASA Puan Haslinda Ahmad.