𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 𝟭𝟬𝟬 𝗞𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡
ANGKASA menyasarkan koperasi sekolah seluruh negara mampu merekodkan perolehan terkumpul berjumlah RM400 juta daripada kepelbagaian aktiviti perniagaan yang diusahakan berikutan ekonomi negara yang semakin pulih daripada kesan pandemik COVID-19, kata Presiden ANGKASA pada M𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 (𝗛𝗞𝗦), 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 (𝗣𝗞𝗦) 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗸𝗼𝗻 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 di Shah Alam pada 29 Januari 2023.
Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga koperasi sekolah atas penglibatan mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dijalankan sehingga berjaya mencatat kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa yang dianjurkan oleh Bahagian Sekolah, ANGKASA.
Sementara itu, laporan perangkaan yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan koperasi sekolah telah menyumbang perolehan sebanyak RM318.61 juta dengan aset bernilai lebih RM416.86 juta dan syer/yuran berjumlah lebih RM29.63 juta pada 31 Disember 2021.
Data interim sehingga Jun 2022 pula merekodkan koperasi sekolah mempunyai aset bernilai RM414.56 juta, syer/yuran sebanyak RM29.45 juta dan perolehan berjumlah RM211.61 juta. Sehingga hari ini juga, terdapat sebanyak 14 buah koperasi sekolah di seluruh negara yang telah berjaya mencapai perolehan melebihi RM1 juta.
Pengurus Besar Yayasan ANGKASA, Puan Haslinda Hj. Ahmad menyasarkan 100 buah koperasi sekolah untuk adakan taklimat dan promosi dana pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA di sekitar Lembah Klang bagi memberi kesedaran pentingnya pendidikan serta sumbangan warga koperasi ke Dana Pendidikan Yayasan ANGKASA yang mana membantu anggota dan anak-anak anggota koperasi yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian ke peringkat Degree, Master dan PhD.
Justeru, harapan Yayasan ANGKASA pada tahun 2023 menyasarkan RM 1 juta daripada sumbangan luar bagi membantu lebih ramai lagi anggota dan anak-anak anggota koperasi ke menara gading.