Pengurusan Yayasan ANGKASA telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke MBSB Bank di Menara MBSB, PJ Sentral pada 20 Julai 2022 bagi perbincangan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya kemudahan kepada pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA.
Jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Nor Azam bin M. Taib (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank Berhad) Tn. Jesleigh b. Johari (Ketua Pegawai Operasi), En. Tamin Jafeeri (Naib Presiden Kanan Pembiayaan Peribadi & Perbankan Pengguna) dan pengurusan tertinggi MBSB yang meluangkan masa bersama untuk pengurusan Yayasan ANGKASA.