Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj 1447H
kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rasul yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan peringatan penting terhadap perjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya diangkat ke Sidratul Muntaha, yang menjadi asas pensyariatan solat serta lambang ketaatan dan keimanan.
Semoga peristiwa ini terus menginsafkan kita untuk memperkukuh iman, mempertingkatkan kualiti ibadah dan kekal istiqamah dalam menjalani kehidupan berlandaskan nilai Islam demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.







