Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

Menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah (Biasiswa) bagi melanjutkan pengajian sepenuh
masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :


1) Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi
  • Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
  • Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
  • Maksimum empat (4) tahun pengajian dan lima (5) tahun bagi kursus perubatan (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)

2) Kelayakan Umur

 

Syarat-syarat Permohonan Umur
1) Anggota koperasi (Koperasi Tersebut berdaftar Ahli ANGKASA) Tidak Melebihi 45 tahun
2) Anak anggota koperasi Tidak Melebihi 25 tahun

3) Kelayakan Akademik


Syarat-syarat Akademik
  • Lulus Pra Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya
    PNGK/ CGPA 2.75; atau
  • Lulus STPM atau yang diiktiraf setaraf mendapat nilai purata 2.75
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf sekurang-kurangnya mendapat pangkat JAYYID

4) BIDANG PENGAJIAN


Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengurusan kewangan,pengurusan perniagaan,pengurusan pelaburan, perakaunan, ICT, undang-undang,kejuruteraan, bioteknologi atau bidang-bidang yang relevan dengan pembangunan koperasi.

5) KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

a) Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:

SISTEM KELAS PERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA
Pertama 100% Biasiswa
Kedua Atas 60% Biasiswa
Lain-lain 100% Pembiayaan

b) Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang faedah.





Dengan Ini Saya Baca Syarat - Syarat Permohonan dari Yayasan ANGKASA


Copyright © 2010 - 2025 yayasanangkasa.coop | All rights reserved for Yayasan ANGKASA