Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah kepada Biasiswa Yayasan ANGKASA

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :


1) Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Anggota koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA atau anak kepada anggota koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
  • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua (2) semester atau satu (1) tahun
  • Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada baki tempoh pengajian dengan had maksimum empat (4) tahun
  • Tidak menerima sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman pendidikan penuh daripada mana-mana agensi atau penaja lain sepanjang tempoh permohonan dan pengajian
  • Pemohon yang pernah ditawarkan pinjaman Yayasan ANGKASA tetapi menolak tawaran tanpa alasan yang munasabah tidak akan dipertimbangkan semula, kecuali dengan kelulusan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA
  • Hanya seorang (1) penerima daripada setiap keluarga layak menerima pinjaman pada satu-satu masa sehingga penerima menamatkan pengajian atau pinjaman ditamatkan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,859.00 sebulan
  • Pemohon hendaklah memastikan bahawa semua syarat kelayakan asas dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan. Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan asas atau tidak mematuhi syarat yang ditetapkan akan ditolak secara automatik oleh sistem dan tidak akan diproses

2) Kelayakan Umur

 

Syarat-syarat PermohonanUmur
1) Anggota koperasi (Koperasi Berdaftar Ahli ANGKASA)Tidak Melebihi 45 tahun
2) Anak Anggota KoperasiTidak Melebihi 25 tahun

*Umur dikira pada tarikh tutup permohonan

3) Kelayakan Akademik


Syarat-syarat Akademik
  • Lulus Diploma atau Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 2.75; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang diiktiraf setaraf mendapat nilai purata 2.75
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang diiktiraf setaraf sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid
  • Lain-lain Pengiktirafan oleh Institusi Pengajian Tinggi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

4) BIDANG PENGAJIAN


Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mengikuti bidang Pengurusan Koperasi, Perniagaan Koperasi, Perniagaan Antarabangsa, E-Dagang, Pemasaran Digital, Sains Komputer, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), Farmasi, Perakaunan, Undang-Undang atau bidang lain yang berkaitan dengan pembangunan Gerakan Koperasi Malaysia.

5) KEISTIMEWAAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

a) pinjaman boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:

SISTEM KELAS PERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA
Pertama 100% Biasiswa
Kedua Atas 60% Biasiswa
Lain-lain 100% Pinjaman

b) Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang faedah.





Dengan Ini Saya Baca Syarat - Syarat Permohonan dari Yayasan ANGKASA


Copyright © 2010 - 2026 yayasanangkasa.coop | All rights reserved for Yayasan ANGKASA