Program Motivasi Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA telah diadakan pada 20 hingga 22 Julai 2018 di Excel Training & Country resorts lenggeng Negeri Sembilan.

Program ini di kendalikan konsultan Koperasi DPA 5181 Berhad yang melibatkan 4 orang pelatih dan 3 orang urusetia.Program motivasi merupakan program tahunan yang di anjurkan oleh Yayasan ANGKASA untuk pelajar baru pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA.

Para pelajar baru perlu di beri motivasi dan sokongan supaya terus mengekalkan kecemerlangan dan seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan hingga ke peringkat kelas pertama.Program ini bertujuan memberi motivasi dan menerapkan nilai kerohanian kepada para   pelajar agar menjadi pelajar yang berjaya dunia dan akhirat serta memiliki keperibadian yang unggul seterusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar.

Di samping itu, pendedahan berkaitan pengetahuan am mengenai gerakan koperasi di Malaysia yang mana satu slot khas ini akan di di masukkan dalam pengisian program.

Slot ini di kendalikan oleh Bahagian Pembangunan, Kepimpinan & Modal Insan   Koperasi Dan Sektor Pembangunan Komuniti melalui Unit Latihan & Pendidikan Koperasi. Slot ini bertujuan Supaya para pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA   mengetahui fungsi-fungsi,peranan & kejayaan gerakan koperasi dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara seterusnya menjadi pilihan para pelajar untuk mencuburi kerjaya dalam sektor koperasi.