Program Kerjaya Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa 2018

Salah satu program dilaksanakan setiap tahun oleh Yayasan Angkasa adalah Program Kerjaya. Untuk tahun 2018, Yayasan Angkasa memilih Mantop Training & Consultancy sebagai konsultan untuk Program Kerjaya. Memilih Dewan Serbaguna Angkasa Wisma Ungku A. Aziz sebagai tempat berlangsungnya program. Program ini dihadiri seramai 42 orang pelajar dengan dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Angkasa iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj. Mutadho b. Bahri.

Daripada maklum balas yang diterima,secara keseluruhannya, pihak konsultan yang dipimpin oleh Ustaz Fauzan dan dibantu oleh 2 orang fasilitator dan 3 orang kakitangan berjaya menyampaikan input-input secara berkesan berkaitan dengan kerjaya kepada para pelajar melalui slot-slot dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.