Salah satu program dilaksanakan setiap tahun oleh Yayasan Angkasa adalah Program Kerjaya dan Keusahawanan. Untuk tahun 2022, Yayasan Angkasa memilih Akademik Magnet Sukses Sdn. Bhd. (Kerjaya) dan INSKEN (Keusahawanan) sebagai konsultan untuk Program Kerjaya. Memilih Glory Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai tempat berlangsungnya program. Program ini dihadiri seramai 58 orang pelajar dengan dirasmikan oleh Presiden ANGKASA iaitu Yang Berbahagia YBhg, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah.
Daripada maklum balas yang diterima,secara keseluruhannya, pihak konsultan yang dipimpin 3 orang fasilitator dan 1 orang kakitangan berjaya menyampaikan input-input secara berkesan berkaitan dengan kerjaya kepada para pelajar melalui slot-slot dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.