PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP UNTUK BAYARAN BALIK
PEMBIAYAAN YAYASAN ANGKASA

  • KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Kelebihan Bayaran Balik Melalui Pengeluaran KWSP

  • Boleh menggunakan Akaun 2 KWSP peminjam atau ibu bapa(tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
  • Tiada had pengeluaran.
  • Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun 2 masih berbaki.
  • Tiada caj pemprosesan dikenakan

Yayasan ANGKASA telah memperolehi kelulusan sebagai Institusi Pemberi Pembiayaan yang dibenarkan oleh KWSP bertarikh 17 April 2018 (klik sini) untuk tujuan
Pengeluaran Simpanan Akaun 2 KWSP untuk bayaran Pembiayaan Pendidikan” Kelulusan Yayasan ANGKASA yang diperolehi membolehkan Ahli KWSP mengeluarkan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli (diri sendiri) / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara.

Para Peminjam Pembiayaan Yayasan ANGKASA disaran menggunakan peluang ini untuk menjelaskan kesemua baki pembiayaan supaya Yayasan ANGKASA boleh membantu memberi pembiayaan kepada pelajar yang lain. Sekiranya saudara/i hendak membuat bayaran balik Pembiayaan menggunakan kaedah ini, saudara/i perlu menyediakan dokumen sokongan sebelum membuat permohonan di cawangan KWSP seperti berikut :-

1. Borang Permohonan Pengeluaran Pendidikan ( Boleh dapatkan daripada Yayasan ANGKASA)
2. Salinan Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan daripada Yayasan ANGKASA @ salinan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan ( Pihak Yayasan ANGKASA akan sediakan)
3. Penyata Baki Pembiayaan Terkini ( Boleh dapatkan dengan Yayasan ANGKASA)
4. Surat Kelulusan pengeluaran daripada KWSP Surat Kelulusan SKM ( Dapatkan dengan Yayasan ANGKASA)
5. Dokumen Bukti Peminjam Berjaya Menamatkan Pengajian.
*Salinan Sijil Akademik
*Transkrip

Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan ANGKASA berharap semua peminjam yang masih mempunyai baki pembiayaan disarankan mengambil peluang ini supaya kelangsungan Yayasan ANGKASA dalam menyediakan pembiayaan pendidikan kepada warga koperasi dapat diteruskan kepada generasi akan datang. Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi En. Amirul Asri ditalian 03- 7880 5358 atau whatsapp di talian 03-7880 6358.