- Pendaftaran dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY.
- Nombor pin hanya akan diberi kepada pemohon yang telah membuat bayaran melalui JomPAY secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
- Pemohon yang telah menerima nombor pin boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).
- Pemohon diwajibkan untuk melengkapkan semua maklumat permohonan yang diminta.
- Kemaskini permohonan boleh dibuat sehingga 30 November 2018.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.
Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2018/2019 di Buka
1/8/2018 Hingga 30/11/2018
Penerangan Pendaftaran Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
Pembelian PIN Permohonan Pembiayaan hanya Semudah 1-2-3
Cara Permohonan
Pembayaran PIN PPYA
- Pembayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
- Pembayaran boleh dibuat melalui JomPAY
- Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
Ref-2 : Nombor Telefon Anda
*sila simpan salinan resit untuk rujukan anda
Anda akan menerima SMS Nombor PIN PPYA seperti
Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 30 November 2018. Pin permohonan adalah [XXXXX]
*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)
Selepas menerima PIN PPYA anda boleh terus mendaftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya