Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA SESI PENGAMBILAN 2021/2022 dan Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan ANGKASA
Seramai 118 orang pelajar dan 25 Pelajar Cemerlang telah hadir ke Majlis
Penyerahan Kontrak Perjanjian Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi
pengambilan 2021/2022 dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan ANGKASA
yang berlangsung pada 21 Disember 2021 di Dewan Serbaguna ANGKASA.
Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
serta diiringi YBhg, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah. Presiden ANGKASA dan
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA. Antara sesi yang dijalankan
dalam majlis tersebut adalah Pelancaran Portal Pelajar, sesi soal jawab dan
bacaan ikrar oleh pelajar baru tajaan Yayasan ANGKASA.